Imam Mahdi Muncul dengan Membawa Bendera Rasulullah SAW


A. Kata sahabat RA, 
“Al-Mahdi akan keluar dengan membawa bendera yang sama seperti bendera Nabi SAW iaitu tanpa jahitan, berwarna hitam dan lebar, yang mana bendera ini tidak pernah berkibar lagi setelah wafat Nabi SAW, sehinggalah saat kemunculan al-Mahdi.”

B. Kata sahabat RA, 
“Al-Mahdi akan keluar daripada Makkah dengan membawa bendera Rasulullah SAW.”

C. Kata tabiin RH,
“Al-Mahdi akan membawa bendera Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya sekali.”

D. Kata tabiin RH,
“Pertama kali bendera yang akan dikibarkan oleh al-Mahdi adalah ketika perjalanannya menuju pembaiatannya di Turki.”

E. Kata Qatadah RH, sabda Nabi SAW,
“Al-Mahdi akan keluar dari Makkah menuju ke Madinah. Orang ramai akan memaksanya keluar lalu dia dibaiat antara Rukun dengan Maqam sedangkan dia tidak menyukainya.” (Nuaim bin Hammad)

Bendera Hitam yang dimaksudkan itu adalah bendera kepunyaan Rasulullah SAW dahulu. Bendera itu bukan sebarang bendera dan bukan pula calang-calang bendera. Bendera ini adalah lambang kekuasaan Islam ke atas seluruh dunia. Bendera ini adalah juga lambang kekuatan rohani para pengikutnya, yang jumlahnya tidak ramai. Bendera ini juga adalah lambang tegaknya sunnah di atas segala kebatilan dan khurafat yang sebelumnya amat bermaharaja lela. Dengan adanya bendera Rasulullah SAW ini, nasib umat Islam di seluruh dunia amatlah terbela dan digeruni oleh mana-mana lawan pun. Bendera ini adalah lambang kekuasaan Islam, yang apabila bendera ini ditegakkan, maka akan musnah dan robohlah segala kekuasaan yang bukan Islam di tangan pemegang bendera ini, iaitu Imam Mahdi.

0 komentar:

Posting Komentar